LAWATAN PELAJAR – PELAJAR PUNCAK ALAM KE PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA SG PIAL

Aktiviti Terkini| 29 January 2016

Tujuan.

1.1 Mengalu alukan kedatangan pelajar pelajar UiTM Puncak Alam (seramai 20 Orang) ke Kg Sungai Pial.

1.2 Memperkenalkan Pusat Internet 1 Malaysia sebagai salah satu kemudahan yang terdapat di Kampung Sungai Pial.

1.3 Memberi pendedahan tentang fungsi dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet 1 Malaysia Kg Sungai Pial.

1.4 Mengeratkan silaturahim pelajar – pelajar Puncak Alam dengan penduduk setempat.


Kebaikan:

Memperkenalkan dan memberi pendedahan tentang kelebihan Pusat Internet 1 Malaysia dan kemudahan lain seperti KTW kepada orang luar.


Aktiviti yang dijalankan.

Pelajar – pelajar di bawa melawat tempat- tempat menarik di Kampung Sungai Pial dan mengunjungi beberapa buah rumah penduduk kampung yang mengusahakan industri kecil sederhana. Kemudiannya, pelajar – pelajar di hidangkan makan tengah hari dan melawat Pusat Internet 1 Malaysia Sg Pial.


Keterangan Gambar :

1. Pensyarah dan Pelajar – Pelajar seramai 20 orang dari kelab ENACTUS UiTM Puncak Alam melawat Pusat Internet 1 Malaysia Sg Pial.

2. Taklimat ringkas dari JKKK Kg Sg Pial dan Pengurus Pusat Internet 1 Malaysia Sg Pial.

3. Pelajar – Pelajar ditontonkan dengan beberapa video mengenai Pusat Internet 1 Malaysia dan Kampung Sungai Pial.

4. Sebahagian pelajar – pelajar dan pensyarah bersama Pengurus Pusat Internet 1 Malaysia Sg Pial.