Majlis Tadarus dan Qatam Al-Quran serta jamuan berbuka puasa

Aktiviti Terkini| 25 jun 2016

Tujuan.

• Mengisi bulan Ramadhan dengan memperbanyakan ibadat dan kebajikan
• Mengeratkan silaturrahim sesama anak kariah dan pemimpin setempat
• Memberi sumbangan kepada golongan kurang berkemampuan dan ibu tunggal serta anak-anak yatim.


Kebaikan:

Memupuk semangat perpaduan dan menghidupkan aktiviti di masjid bersempena bulan ramadhan yang penuh dengan keberkatan.


Vip Yang Hadir

• Dato Shaiful Hazizy Zainol Abidin( Ketua Pemuda UMNO Negeri Kedah/ Exco kerajaan negeri kedah)
• Pegawai penerangan kawasan Merbok
• Imam masjid
• Pengerusi JKKK

Aktiviti yang dijalankan.

Majlis dimulakan dengan Tadarus Al-Quran oleh kaum hawa dari 4 kariah berdekatan kampung sungai pial seperti jilid 1, tanjung dawai, batu hampar dan simpang tiga pasir. Setelah selesai majlis diteruskan lagi dengan bacaan al-Quran oleh pelajar maahad tahfiz. Kemudian datuk Shaiful memberikan sedikit ucapan kepada orang ramai yang hadir seterusnya menyampaikan sedikit sumbangan hari raya kepada orang ramai.akhir sekali jamuan diberikan kepada semua yang hadir untuk sama-sama berbuka puasa.


Aktiviti Sokongan

• Jamuan berbuka puasa


Keterangan Gambar :

1. Majlis Tadarus Al- Quran oleh penduduk setempat.

2. Majlis Khatam Al Quran disempurnakan oleh Datuk Shaiful bersama pelajar-pelajar Mahad Tahfiz.

3. Taklimat disampaikan oleh pemimpin setempat sebelum pemberian sumbangan Hari raya.

4. Pemberian sumbangan hari raya oleh Dato Shaiful kepada peserta tadarus.

5. Jamuan berbuka puasa setelah selesai majlis.