Hari Terbuka Pusat Internet 1 Malaysia Sungai Pial

Aktiviti Terkini | 19 November 2016

Tujuan:

Tujuan utama sambutan ini diadakan adalah untuk meraikan dan menghebahkan secara rasmi tentang pembukaan Pi1M Sg Pial kepada umum. Selain itu, ianya juga sebagai platform mendekatkan pengunjung dengan Pi1M ini menerusi beberapa aktiviti yang menarik dan menyeronokkan.

1. Meraikan pembukaan Pusat Internet 1 Malaysia Sungai Pial.
2. Sebagai platform untuk mendekatkan pengunjung dengan PI1M Sg Pial.
3. Memperkenalkan dan menghebahkan tentang PI1M Sungai Pial kepada umum.
4. Memberi peluang kepada pengunjung untuk menjadi ahli PI1M Sg Pial secara percuma.
5. Memberi pendedahan tentang fungsi, kemudahan serta aktiviti yang di jalankan di PI1M Sg Pial.

Pengunjung mula berkumpul di Pi1M Sungai Pial seawal 8.00 pagi untuk sesi pendaftaran dan seterusnya sarapan pagi. Aktiviti dimulakan dengan ucapan mengalu alukan kedatangan para pengunjung oleh pengacara majlis.

Seterusnya pengunjung mula mendaftarkan diri dan menyertai aktiviti – aktiviti yang disediakan seperti ‘digital coloring’, ‘typing maniac’, ‘search the words’, dan ‘ask Mr Google’ dimana aktiviti tersebut terbuka kepada kanak-kanak dan dewasa. Selain itu, terdapat juga perkongsian mengenai keselamatan ketika melayari internet atau ‘Cybersafe’ yang telah disampaikan oleh Pengurus Pi1M Sungai Pial. Hari Terbuka Pi1M Sg Pial diteruskan dengan penyampaian hadiah dan acara cabutan bertuah dan diakhiri dengan bergambar kenang kenangan.

Berikut gambar semasa aktiviti dijalankan: