Lawatan pelajar IPTA serta ceramah bersama AADK Kebangsaan

6 Februari 2017 | Isnin
2.30 petang - 5.30 petang | Pusat Internet 1Malaysia Sungai Pial, Dewan Komuniti

Tujuan:
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar IPTA tentang bahaya Dadah dan kesan dalam kehidupan serta peranan yang perlu dimainkan oleh golongan remaja dalam membasmi dadah, menarik minat dan mendekatkan diri para pelajar untuk ke Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) Sungai Pial serta dapat menarik lebih ramai pengunjung untuk menjadi ahli dan berkunjung ke PI1M Sg Pial.

Kelebihan:
- Memberi kefahaman kepada para peserta tentang bahaya dadah dan kesan terhadap kehidupan dan masalah sosial.

Penglibatan:
Pelawat dari Indonesia dan AJK komuniti

Nama VIP:
DR. Khairunneezam Mohd Noor(Pensyarah USIM, Nilai, Negeri Sembilan)

Nama tetamu VIP:
En. Kamarul Akmar Mukhtar(Pen. Pengarah Bahagian Pencegahan AADK)

Aktiviti Berkaitan:
- Mendedahkan kepada umum tentang bahaya dadah dan pentingnya muafakat dalam masyarakat dalam membendung masalah sosial. Selain itu peranan golongan berpendidikan dalam memberi motivasi dan semangat kepada remaja bermasalah untuk mengenali potensi diri seterusnya menghindari gejala najis dadah terutamanya di kawasan pedalaman dan kampung.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:

Para peserta berkumpul di Dewan komuniti untuk taklimat dan penerangan daripada ketua rombongan


Ceramah AADK disampaikan oleh Penolong Pengarah bahagian pencegahan AADK Malaysia


Pemberian cenderahati pelawat kepada Jkkk


Peserta bergambar sebelum meninggalkan dewan komuniti


Lawatan pelajar dan VVIP ke pi1m untuk mendapatkan maklumat serta fungsi Pi1m di Kampung Sungai Pial


Peserta dibawa ke rumah JKKK untuk jamuan dan majlis beramah mesra bersama penduduk setempat




Kembali ke halaman utama