Lawatan Tourism Malaysia ke Kg Sungai Pial

29 Julai 2017 | Sabtu
3.30 petang | Pusat Internet 1Malaysia Kampung Sungai Pial

Tujuan:
• Mengalu alukan kedatangan pihak Tourism Malaysia ke Kg Sg Pial.
• Memberi penerangan serta tayangan video usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) yang terdapat di Kg Sungai Pial yang juga merupakan usahawan Pi1M.
• Memberi pengalaman membuat sendiri pekasam dan menjala ikan melalui usahawan di Kg Sungai Pial.

Kelebihan:
• Memperkenalkan usahawan yang terdapat di Kg Sg Pial.
• Selain itu dapat ketengahkan dan memajukan lagi usahawan di Kg Sungai Pial sebagai salah satu tempat kunjungan pelancong.
• Dapat mengeratkan hubungan diantara pengunjung dan penduduk setempat.

Penglibatan:
Peserta program.

Perlaksanaan aktiviti:
Pihak Tourism Malaysia dibawa ke Pi1M untuk sesi tayangan video usahawan IKS yang terdapat di Kg Sg Pial. Kemudiannya bergerak ke rumah usahawan yang terpilih untuk melihat produk serta memberi pengalaman untuk melihat dan membuat sendiri pekasam. Selain itu, turut dijalankan aktiviti menjala ikan bertempat di kolam ternakan ikan usahawan di Kg Sg Pial. Aktiviti berakhir selepas minum petang.

Butir-butir aktiviti:
Seramai 45 orang dari Tourism Malaysia telah dibawa ke Pi1m Sg Pial untuk diberi sedikit taklimat oleh Pengurus Pi1m Kg Sg Pial dan menonton video IKS yang terdapat di Kg Sungai Pial. Setelah selesai, mereka dibawa ke kolam ternakan ikan kepunyaan salah seorang usahawan di Kg Sungai Pial untuk aktiviti menjala dan memancing ikan. Mereka kemudiannya dibawa kerumah usahawan yang mengusahakan pekasam selama hampir 25 tahun. Di sana, dengan hasil tangkapan ikan, mereka telah di tunjukkan cara penyediaan membuat pekasam. Aktiviti berakhir dengan minum petang serta bergambar kenang kenangan.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:







Kembali ke halaman utama