Pertandingan Mencipta Video ‘Tidak Pasti Jangan Kongsi’

30 Jun 2017 | Jumaat
3.00 petang | Pusat Internet 1Malaysia Kampung Sungai Pial

Tujuan:
1. Menarik lebih ramai pengunjung untuk mendaftar sebagai ahli Pi1M Sg Pial dengan menganjurkan pertandingan sebegini.
2. Menguji keupayaan ahli PI1M Sg Pial untuk mencipta video setelah diberi tunjuk ajar dan panduan didalam kelas ICT terdahulu.
3. Video yang terbaik akan dipilih untuk menyertai pertandingan video “tidak pasti jangan kongsi” yang dianjurkan oleh SKMM.

Kelebihan:
Menguji kemahiran dan kreativiti peserta untuk mencipta video setelah mengikuti kelas latihan ICT di Pi1M.

Penglibatan:
Peserta program.

Perlaksanaan aktiviti:
Ahli Pi1M akan dihebahkan mengenai pertandingan ini. Para peserta akan membentuk kumpulan tidak lebih dari 6 orang dan video haruslah berdurasi kurang dari 2 minit (mengikut syarat yang ditetapkan oleh SKMM). Para peserta akan membuat video dalam kumpulan mengikut tema yang diberikan iaitu “Tidak Pasti Jangan Kongsi”. Para peserta juga akan dibantu oleh Pengurus/Penolong Pengurus Pi1M Kg Sg Pial. Sesi tayangan video dan pemilihan dua video terbaik serta penyampaian hadiah diadakan pada 29 Jun 2017. Dua video terbaik yang dipilih seterusnya akan di muatnaik di Facebook Pi1M Kg. Sungai Pial untuk diadili oleh SKMM.

Butir-butir aktiviti:
- Peserta terdiri daripada ahli Pi1M Kg Sungai Pial. Mereka akan dibantu oleh Pengurus dan Penolong Pengurus Pi1M. Peserta diberikan tema video iaitu ‘Tidak pasti jangan kongsi’dan durasi video hendaklah tidak melebihi 2 minit.
- Tayangan video serta penyampaian hadiah.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:





Kembali ke halaman utama