Bengkel profesionalisme guru-guru KEMAS DUN Tanjung Dawai dan Advokasi KDB

21 Mac 2017 | Selasa
9.30 pagi - 1.30 petang | Pusat Internet 1Malaysia Sungai Pial

Tujuan:
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi panduan tentang cara mengisi maklumat menggunakan Microsoft Excel serta latihan menaip kepada Guru-guru KEMAS DUN Tanjung Dawai, menarik minat dan mendekatkan diri golongan 30-an ke atas untuk dating ke Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) Sungai Pial dan memberi kesedaran dan menerangkan keselamatan semasa berinternet.

Kelebihan:
Memberi kefahaman kepada para peserta tentang cara menyimpan maklumat dengan lebih berkesan dan keselamatan dalam melayari internet.

Penglibatan:
Pelawat dari Indonesia dan AJK komuniti

Nama VIP:
Khairul bin shuib (Penyelia KEMAS Kuala Muda)

Aktiviti Berkaitan:
Memberi pengetahuan yang lebih mendalam tentang kemudahan aplikasi yang terdapat dalam perisian computer disamping dapat memberi kesedaran tentang cara terbaik dalam melayari internet serta langkah keselamatan yang perlu dipatuhi semasa melayari internet dan media sosial.

Perlaksanaan Aktiviti:
Para peserta berkumpul di Pusat Internet 1 Malaysia Sungai Pial pada jam 9.30 pagi dan mendengar taklimat dari penyelia seterusnya mengisi maklumat online menggunakan excel untuk mengemaskini sistem profil kampung dan nama penduduk. Segala maklumat dan senarai nama dipantau oleh penyelia dan guru kemas dibantu oleh penolong pengurus Pi1M jika terdapat sebarang kemusykilan berkenaan excel. Seterusnya semua peserta berkumpul di bilik Training Pusat Internet 1 Malaysia Sungai Pial untuk sesi tayangan video Klik Dengan Bijak (KDB). Di antara pengisian video KDB ialah bahaya berkongsi secara berlebihan di media social, penyebaran maklumat palsu dan gangguan seksual di laman social. Selain itu terdapat juga panduan melayari internet secara selamat dan bertanggungjawab. Program tamat selepas selesai sesi tayangan video dan sesi soal jawab daripada para peserta.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



Kembali ke halaman utama