Majlis Sambutan Konvoi Kembara Negaraku Merdeka, Daerah Kuala Muda

22 Ogos 2017 | Selasa
8.00 pagi - 11.30 pagi | Dewan Kampung Sungai Pial & Pusat Internet 1Malaysia Kampung Sungai Pial, Kedah

Tujuan:
• Menerima dan menyambut kedatangan peserta konvoi kebangsaan ke Kg Sungai Pial.
• Mendekatkan dan melibatkan diri pengurus dan penolong pengurus dengan pengunjung dan agensi agensi yang terlibat seperti Penolong Pegawai Daerah Kuala Muda dan Kakitangan Jabatan Penerangan Daerah Kuala Muda sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-60.
• Secara tidak langsung dapat menghebahkan tentang Pusat Internet 1 Malaysia Sungai Pial dan menarik lebih ramai untuk menjadi ahli.

Kelebihan:
• Memberi peluang Pi1m Kg Sg Pial untuk melibatkan diri untuk membantu menjalankan majlis seperti ini.
• Pengurus dan Penolong Pengurus Pi1m Sg Pial dapat menjalinkan hubungan untuk kerjasama akan datang bersama agensi agensi yang terlibat.
• Secara tidak langsung dapat menghebahkan tentang Pusat Internet 1Malaysia Sungai Pial kepada orang luar dan menarik lebih ramai untuk menjadi ahli dan berkunjung ke PI1M.

Penglibatan:
Peserta program.

Nama VIP:
1. Dato' Shaiful Hazizy Zainol Abidin(Setiausaha politik Menteri Besar Negeri Kedah).
2. Mohd Amin Jaafar(Penolong Pegawai Daerah Kuala Muda).
3. Hajah Normah Ramli(Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kedah).

Perlaksanaan aktiviti:
Program dimulakan dengan Pertandingan mewarna kemerdekaan bertempat di Pi1m Sg Pial. Acara seterusnya berlangsung di Dewan Kg Sungai Pial. Persembahan gendang silat mengalu alukan ketibaan peserta konvoi. Kemudiannya nyanyian lagu Negaraku diikuti nyanyian lagu Jalur Gemilang, Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan Ketua Konvoi dan ucapan perasmian serta mendatangani buku cenderamata. Peserta kemudiannya menjamu selera dan majlis diakhiri dengan acara Flag Off.

Butir-butir aktiviti:
Besemperna dengan Hari Kemerdekaan, Kg Sungai Pial telah terpilih menjadi tuan rumah bagi menyambut perserta Konvoi Kembara Negaraku Merdeka. Ketibaan Kembara Merdeka Negaraku di Kampung Sungai Pial disambut meriah oleh penduduk kampung. Kira-kira 600 orang hadir. Antara program yang diadakan, pertandingan mewarna kanak-kanak tadika di Pi1m Kg Sg Pial, pertandingan memasak makanan tradisional, pertandingan teka Jalur Gemilang di kereta dan lain-lain lagi. Para peserta konvoi telah dihiburkan dengan persembahan gendang silat untuk mengalu alukan kedatangan ke Kg Sg Pial. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, seterusnya nyanyian lagu Negaraku dan Jalur Gemilang, serta ucapan perasmian dan ucapan dari Ketua Konvoi. Majlis seterusnya diteruskan dengan penyerahan jalur gemilang dan ketua konvoi mendatangani buku cenderamata. Semua peserta konvoi dan penduduk kemudiannya menjamu hidangan kenduri rakyat merdeka dan penyampaian hadiah mewarna. Majlis diakhiri dengan acara "Flag Off" konvoi disempurnakan oleh Dato' Shaiful Hazizy Zainol Abidin, setiausaha politik Menteri Besar Negeri Kedah. Turut hadir pada program tersebut Mohd Amin Jaafar Penolong Pegawai Daerah Kuala Muda dan Hajah Normah Ramli Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kedah.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:







Kembali ke halaman utama