Memasak Bubur Asyura

10 Oktober 2017 | Selasa
8.00 pagi - 12.30 tengahari | Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Pial, Kedah

Tujuan:
• Menyertai program kemasyarakatan bersama Kominiti 1 Malaysia cawangan Kg Sg Pial.
• Memupuk perpaduan dan mengeratkan silaturahim diantara penduduk Kg Sg Pial.
• Mendekatkan pengurus dan penolong pengurus dengan kaum wanita di Kg Sungai Pial.
• Secara tidak langsung dapat menghebahkan tentang program yang dijalankan di Pi1m Sg Pial.

Kelebihan:
• Salah satu Program kemasyarakatan Pi1m Sg Pial bersama Kominiti 1 Malaysia Cawangan Sungai Pial dan penduduk Kg Sg Pial.
• Program seumpama ini dapat menjalinkan hubungan yang baik diantara penduduk Kg Sg Pial dengan Petugas Pi1m Sg Pial, Penolong Pengurus khususnya kerana baru bertugas di Pi1m Sg Pial.
• Secara tidak langsung dapat menghebahkan lagi Aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet 1 Malaysia Sungai Pial dan menarik minat penduduk untuk menyertai kelas/ aktiviti yang dijalankan.

Penglibatan:
Pengunjung program.

Perlaksanaan Aktiviti:
Seawal jam 8.00 pagi, ahli Komuniti 1 Malaysia Cawangan Kg Sg Pial, Petugas Pi1m Sg Pial serta penduduk Kg Sg Pial mula berkumpul di Dewan Orang Ramai Kg Sg Pial. Program di mulakan dengan ucapan dari JKKK Kg Sg Pial, seterusnya sarapan pagi. Program diteruskan dengan gotong royong penyediaan bahan setersunya memasak bubur asyura. Pengurus dan Penolong Pengurus Pi1m Sg Pial turut membantu memasak bubur asyura. Program berakhir dengan pengagihan bubur asyura kepada penduduk Kg Sg Pial.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



Kembali ke halaman utama