Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia Sungai Pial, Kedah

29 September 2017 | Jumaat
8.30 pagi - 5.00 petang | Pusat Internet 1Malaysia Kampung Sungai Pial, Kedah

Tujuan:
• Menjayakan aktiviti wajib tahunan PI1M iaitu Hari Terbuka PI1M.
• Menghargai sokongan dan penglibatan ahli PI1M Sungai Pial.
• Mendekatkan pengurus dan penolong pengurus dengan pengunjung bukan ahli untuk menarik lebih ramai orang untuk ke Pi1m Sg Pial dan menjadi ahli.
• Secara tidak langsung dapat menghebahkan tentang Pusat Internet 1Malaysia Sungai Pial kepada orang ramai.

Kelebihan:
• Menambah bilangan ahli PI1M Sg Pial.
• Dapat meraih sokongan dan penglibatan ahli-ahli PI1M sebelum semasa dan selepas acara Hari Terbuka PI1M sg Pial diadakan.
• Mendekatkan pengunjung PI1M dengan Petugas PI1M Sg Pial, Penolong Pengurus khususnya kerana baru bertugas di PI1M Sg Pial.
• Secara tidak langsung dapat menghebahkan lagi Pusat Internet 1Malaysia Sungai Pial kepada orang luar dan menarik lebih ramai untuk menjadi ahli dan berkunjung ke PI1M.

Penglibatan:
Pengunjung program.

Perlaksanaan Aktiviti:
Hari terbuka PI1M Sg Pial dimulakan dengan pendaftaran pengunjung. 100 pengunjung terawal yang bukan ahli PI1M Sg Pial boleh mendaftarkan diri secara percuma. Terdapat juga booth jualan Digi dimana pengunjung yang hadir boleh membeli Simpack, coupon card dan boleh terus reload topup Digi yang dikendali oleh petugas PI1M. Selain itu, PI1M Sg Pial juga menganjurkan pelbagai aktiviti dengan hadiah yang menarik kepada pengunjung PI1M khususnya kepada ahli PI1M yang telah banyak memberi sokongan kepada PI1M Sg Pial. Cabutan bertuah juga disediakan sebagai tarikan pada hari tersebut.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



Kembali ke halaman utama