Explore Race Klik Dengan Bijak

20 April 2018 | Jumaat
2.30 petang - 5.30 petang | Pusat Internet 1Malaysia Kampung Sungai Pial, Kedah

Tujuan:
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan mengenai Program Klik Dengan Bijak. Aktiviti seumpama ini merupakan satu pendekatan yang berbeza kerana ia dijalankan dengan cara yang menyeronokkan dan mudah untuk difahami oleh peserta, iaitu pelajar sekolah. Ini secara tidak langsung juga dapat menarik minat dan mendekatkan diri ahli dan bukan ahli PI1M Sg Pial untuk berkunjung ke PI1M Sg Pial. Aktiviti explore race ini adalah satu aktiviti yang dipilih untuk menguji minda dan memupuk kerjasama di antara peserta

Kelebihan:
- Berkongsi maklumat dan memberi pendedahan kepada para peserta mengenai program Klik Dengan Bijak.
- Menarik minat dan mendekatkan diri para pelajar untuk ke Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Sungai Pial.
- Dapat menarik lebih ramai pengunjung untuk menjadi ahli dan berkunjung ke PI1M Sg Pial.

Penglibatan:
Pengunjung Program

Aktiviti Berkaitan:
- Penyampaian hadiah untuk para pemenang dan minum petang

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:

Para peserta berkumpul di PI1M Sg. Pial


Para peserta bergerak ke bilik latihan untuk sesi taklimat Klik Dengan Bijak oleh Penolong Pengurus PI1M Sg. Pial


Peserta diagihkan kepada tiga kumpulan


Explore Race KDB dimulakan


Peserta menyiapkan tugasan di tiga checkpoint


Acara penyampaian hadiah dan sesi bergambar bersama para peserta




Kembali ke halaman utama