Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia Sungai Pial

24 Mac 2018 | Sabtu
8.30 pagi - 2.00 petang | Pusat Internet 1Malaysia Kampung Sungai Pial, Kedah

Tujuan:
• Menjayakan aktiviti wajib tahunan PI1M iaitu Hari Terbuka PI1M.
• Menghargai sokongan dan penglibatan ahli PI1M Sungai Pial.
• Mendekatkan pengurus dan penolong pengurus dengan pengunjung bukan ahli untuk menarik lebih ramai orang untuk ke PI1M Sg Pial dan menjadi ahli.
• Secara tidak langsung dapat menghebahkan tentang Pusat Internet 1Malaysia Sungai Pial kepada orang ramai.

Kelebihan:
• Menambah bilangan ahli PI1M Sg Pial.
• Dapat meraih sokongan dan penglibatan ahli ahli PI1M sebelum semasa dan selepas acara Hari Terbuka PI1M sg Pial diadakan.
• Mendekatkan pengunjung PI1M dengan Petugas PI1M Sg Pial, Penolong Pengurus khususnya kerana baru bertugas di PI1M Sg Pial.
• Secara tidak langsung dapat menghebahkan lagi Pusat Internet 1 Malaysia Sungai Pial kepada orang luar dan menarik lebih ramai untuk menjadi ahli dan berkunjung ke PI1M.

Penglibatan:
Penduduk setempat.

Perlaksanaan Aktiviti:
Hari terbuka merupakan aktiviti tahunan PI1M Sg Pial. Untuk tahun 2018, pada 24 March 2018 telah diadakan Hari Terbuka PI1M Sg Pial. Acara dimulakan dengan pendaftaran pengunjung di mana 100 pengunjung terawal yang bukan ahli PI1M Sg Pial boleh mendaftarkan diri secara percuma. Terdapat juga booth jualan Digi dimana pengunjung yang hadir boleh membeli Simpack, coupon card atau boleh terus reload topup Digi yang dikendali oleh petugas PI1M. Selain itu, PI1M Sg Pial juga menganjurkan pelbagai aktiviti di dalam dan di sekitar PI1M seperti online coloring, typing fast, snake & ladder, Kahoot KDB, serta sukaneka. Hadiah yang menarik juga disediakan untuk pemenang. Cabutan bertuah juga disediakan sebagai tarikan pada hari tersebut. Hari Terbuka PI1M Sg Pial berakhir dengan acara penyampaian hadiah serta sesi begambar.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



Kembali ke halaman utama