Pertandingan Bola Sepak dan Futsal

4 Ogos 2018 | Sabtu
10.30 pagi - 6.00 petang | Gelanggang Futsal & Padang Bola Kampung Sungai Pial, Kedah

Tujuan:
• Memupuk semangat kesukanan dalam kalangan ahli Pi1m Sg Pial.
• Mencungkil bakat para peserta dan bekerjasama dalam satu kumpulan.
• Sebagai satu aktiviti PI Kg Sg Pial bersama penduduk Kg Sg Pial dan untuk menjalinkan hubungan yang baik.

Kelebihan:
• Menjalinkan hubungan yang baik dan mendekatkan Pemuda/Belia dengan PI Kg Sg Pial.
• Sebagai satu aktiviti PI Kg Sg Pial bersama penduduk Kg Sg Pial dan untuk menjalinkan hubungan yang baik.

Penglibatan:
Penduduk setempat.

Nama VIP:
YB Hanif Ghazali(ADUN Tanjong Dawai).

Aktiviti Berkaitan:
Pada 04 Ogos 2018 (Sabtu) telah diadakan Petandingan Bola Sepak dan Futsal yang disertai oleh belia Kg Sungai Pial dan ahli PI Kg Sg Pial. Pertandingan disertai oleh 6 kumpulan bola sepak dan 4 kumpulan futsal, di mana PI Kg Sg Pial juga telah menghantar wakil ahli PI untuk menyertai pertandingan futsal tersebut. Program di mulakan dengan taklimat tentang pertandingan dan memperkenalkan pengadil dan kumpulan yang terlibat.

Pada jam 10.30 pagi perlawanan bola sepak dimulakan. Manakala pertandingan futsal telah dimulakan pada jam 11.30 pagi. Bagi perlawanan Bola Sepak telah dimenangi oleh Kumpulan Veteren Kg Sg Pial manakala kumpulan futsal PI Kg Sg Pial telah berjaya memasuki pertandingan akhir setelah mengalahkan team yang lain. Seterusnya kumpulan futsal PI Kg Sg Pial juga telah memenangi perlawanan futsal tersebut selepas keputusan akhir seri 1 sama dan ditentukan dengan tendangan penalti. Program berakhir dengan ucapan dan penyampaian hadiah dari ADUN Tanjong Dawai, YB Hanif Ghazali.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



Kembali ke halaman utama