LIVE FB : PERKONGSIAN MENGENAI PEDi & PAKEJ PERANTI KELUARGA MALAYSIA

Aktiviti terkini | 27 November 2021

Tempat Aktiviti:
Platform Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kg. Sungai Pial

Ringkasan Aktiviti :
Sesi Live kali ini, PEDi Kg. Sungai Pial berkongsi mengenai Pusat Internet Komuniti (PIK) yang kini telah ditransformasi menjadi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) dengan tujuan mengukuhkan ekonomi digital setempat bagi semua lapisan masyarakat serta Pakej terbaru yang telah diperkenalkan bagi menggantikan Jaringan Prihatin iaitu Pakej Perantu Keluarga Malaysia

Tujuan :
• Menguar-uarkan mengenai transformasi Pusat Internet Komuniti kepada Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
• Berkongsi mengenai Pakej terbaru yang telah diperkenalkan iaitu Pakej Peranti keluarga Malaysia dan memberi panduan cara untuk menebus tawaran ini.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Memperkenalkan dan menerangkan tentang PEDi dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia kepada orang ramai.

Kelebihan Aktiviti :
• Orang ramai dapat mengetahui dan memahami fungsi PEDi selepas di transformasi
• Menarik minat usahawan untuk bekerjasama bersama PEDi
• Orang ramai dapat mengetahui dengan lebih jelas mengenai Pakej Peranti Keluarga Malaysia
• Orang ramai dapat mengetahui cara untuk menyemak kelayakan dan menebus Pakej Peranti Keluarga Malaysia.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :