MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUL RASUL

Aktiviti terkini | 28 Oktober 2021

Tempat Aktiviti:
FB Page Pusat Internet Komuniti Kg Sg Pial

Nama VIP :
• Ustaz Hanif Bin Ghazali (ADUN Tanjung Dawai)

Ringkasan Aktiviti :
Majlis ini diadakan sempena menyambut sambutan maulidul rasul di mana majlis diisi dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah gotong royong memasak, persembahan qasidah, solat berjemaah, ceramah maulidul rasul, agihan sumbangan dan pemberian duit untuk kanak- kanak.

Tujuan :
• Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan silatulrahim serta mengimarahkan masjid dengan majlis keagamaan seumpama ini.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• 011:00 pagi: Penyembelihan daging kambing
• 03:00 petang: Gotong – royong memasak dan membungkus makanan
• 07.00 petang: Persembahan qasidah, solat berjemaah, ceramah maulidul rasul, agihan sumbangan dan pemberian duit untuk kanak- kanak
• 10.00: Bersurai

Kelebihan Aktiviti :
• Mengeratkan hubungan silatulrahim dalam kalangan penduduk Kg. Sungai Pial
• Secara tidak langsung, petugas PIK dapat bersama dengan komuniti setempat dan memberitahu mengenai Pusat Internet Komuniti
• Mengimarahkan masjid dengan program program yang menyatukan masyarakat.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :