BENGKEL KECANTIKAN DAN SOLEKAN

Aktiviti terkini | 18 Disember 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Kg Sungai Pial

Ringkasan Aktiviti :
Telah berlangsung bengkel kecantikan dan solekan anjuran bersama Mierza beauty and image yang diadakan di PEDi Kg Sungai Pial.

Tujuan :
• Salah satu platform menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak, salah satunya Mierza beauty and image.
• Menarik minat golongan belia wanita untuk datang ke PEDi melalui aktiviti yang dijalankan.
• Memberi pendedahan tentang penjagaan kulit dan cara solekan oleh perunding kecantikan dari Mierza beauty and image.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Seramai tiga orang perunding kecantikan, wakil dari Mierza beauty and image, telah berkongsi mengenai cara penjagaan kulit wajah dengan betul melalui sesi praktikal yang dijalankan bersama peserta.
Para peserta diajar dari mencuci wajah dengan betul serta memakai produk yang sesuai dengan kulit.
Kemudiannya, diikuti dengan demo solekan yang dilakukan oleh perunding kecantikan dengan memilih salah seorang peserta sebagai model.
Seterusnya para peserta sendiri dapat mencuba untuk mengenakan solekan dengan produk produk berkualiti yang disediakan oleh pihak Mierza beauty and image.


Kelebihan Aktiviti :
• PEDi dapat menjalinkan kerjasama bersama pelbagai pihak dan pelbagai aktiviti dapat dijalankan di PEDi.
• Dapat menarik golongan belia wanita untuk datang ke PEDi dan mengetahui sedikit sebanyak mengenai PEDi Kg. Sungai Pial.
• Para peserta dapat mengetahui tentang cara penjagaan wajah yang betul sekaligus dapat mencuba sendiri mengenakan solekan untuk menambahkan keyakinan diri.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :