LIVE FB: BSN MICRO/I SEMARAK PEDI (PUSAT EKONOMI DIGITAL)

Aktiviti terkini | 29 Mei 2022

Tempat Aktiviti:
Platform Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kg. Sungai Pial

Ringkasan Aktiviti :
Pada 27 Mei 2022 yang lalu, Petugas PEDi telah menyertai sesi Webinar mengenai BSN Micro/I Semarak Pedi (Pusat Ekonomi Digital) yang disampaikan oleh Pengurus BSN yang terlibat. Petugas PEDi telah membuat satu Sesi Live untuk berkongsi mengenai maklumat dan kemudahan pinjaman ini kepada orang ramai khususnya usahawan PEDi yang berdaftar.

Tujuan :
• Memperkenalkan produk terbaru dari BSN iaitu BSN Micro/I Semarak Pedi (Pusat Ekonomi Digital)
• Membantu usahawan mikro yang berdaftar PEDi untuk mendapatkan kemudahan pinjaman modal kerja dan pembelian aset

Nama VIP :
Tiada

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Memperkenalkan dan memberi penerangan kepada usahawan mikro mengenai produk dari BSN dengan kerjasama PEDi untuk membantu usahawan yang memerlukan peminjaman bagi tujuan modal kerja dan pembelian aset.

Kelebihan Aktiviti :
• Orang ramai dapat mengetahui mengenai produk terbaru dari BSN dan menjadikan PEDi sebagai rujukan
• Orang ramai khususnya usahawan PEDi dapat memanfaatkan peluang untuk mengembangkan lagi perniagaan
• Dapat menjalinkan kerjasama bersama pihak BSN


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :