WEBINAR DROP POINT NINJA VAN BERSAMA PEDIi UTARA

Aktiviti terkini | 2 November 2022

Tempat Aktiviti:
Platform Meet

Ringkasan Aktiviti :
Pihak MCMC dalam usaha menjadikan semua PEDi sebagai PUDO Point bagi menyokong inisiatif PAKEJ yang bertujuan menyediakan khidmat kurier bagi membantu para usahawan dan peniaga2 kecil memasarkan produk jualan ke seluruh Negara.

Tujuan :
• Kerjasama CCMSB dan Ninjavan untuk menyediakan khidmat Pick-up & Drop-off (PUDO) Service @PEDi.
• Memberi penerangan kepada petugas PEDi mengenai Ninja Van Distribution Points - Collect & Pick Up Parcel.
• Pelantikan PEDi Kg Sungai Pial sebagai penyedia perkhidmatan Pick-up & Drop-off (PUDO) Service bersama kurier Ninja Van.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Pihak Ninja Van telah memberi penerangan dan tunjuk ajar mengenai perkhidmatan Pick-up & Drop-off (PUDO) Service bersama kurier Ninja Van. Dimana tujuan utama kerjasama ini adalah untuk menyediakan khidmat kurier bagi membantu para usahawan dan peniaga2 kecil memasarkan produk jualan ke seluruh Negara.

Kelebihan Aktiviti :
• Petugas PEDi dapat menambah pengetahuan mengenai cara untuk mengendalikan perkhidmatan kurier.
• Dapat membantu para usahawan dan peniaga kecil untuk menguruskan perkhidmatan kurier bagi memasarkan produk mereka.
• PEDi dapat menjadi tempat tumpuan para usahawan, bukan sahaja untuk belajar mengenai keusahawan tetapi juga boleh membantu untuk memasarkan produk.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :