TEKNIK MENGISI MAKLUMAT SUMBER DATA SIMPENI BERSAMA GURU KAFA

Aktiviti terkini | 22 Mac 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Padang Serai

Ringkasan Aktiviti :
Program bersama PEDi Padang serai dan PEDi Padang Meha, staff PEDi diminta menjadi fesi bagi membantu dan memberi bimbingan kepada guru-guru KAFA untuk mengisi maklumat sumber data menggunakan komputer mengikut garispandu yang telah diberikan.

Tujuan :
• Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada guru-guru KAFA asas pengunaan komputer dan mengisi maklumat dengan mudah dan ringkas.
• Memudakan urusan guru- guru KAFA untuk mengemaskini maklumat pelajar dengan lebih sistemetik.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Staff pedi memberi pendedahan awal kepada guru- guru KAFA tentang penggunaan asas komputer dan tunjuk ajar mengenai cara untuk log kedalam website sebelum dapat mengisi apa-apa data.

Kelebihan Aktiviti :
• Secara tidak langsung dapat memperkenalkan PEDi kepada komuniti luar, yang berfungsi untuk menyediakan kelas ICT.
• Guru- guru KAFA lebih mahir menggunakan komputer dan mengisi maklumat pelajar.
• Program seumpama ini dapat dijadikan sebagai satu platform untuk program lain dan kerjasama bersama sekolah kafa pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :