Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah


Mengikut sejarah nama kampung ini diambil bersempena sejenis tumbuhan spesis pakis. Tumbuhan ini banyak terdapat di sepanjang sungai dan pantai paya bakau. Tumbuhan tersebut juga dikenali dengan nama Pial atau Piai bagi penduduk kawasan Selatan Malaysia.

Keunikan pokok Pial ini adalah mampu hidup samada di tanah berair masin / payau atau di daratan. Sesetengah penduduk menjadikan pokok ini sebagai bahan perubatan tradisional dan ulam-ulaman.

Oleh kerana terdapat banyak tumbuhan tersebut di sepanjang sungai, maka penduduk menamakan kampung ini sebagai Kampung Sungai Pial bersemperna dengan nama tumbuhan tersebut.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


HARI TERBUKA PUSAT INTERNET KAMPUNG SUNGAI PIAL

Aktiviti Terkini | 1 Disember 2019

Menjayakan aktiviti wajib tahunan Pusat Internet iaitu Hari Terbuka Pusat Internet....baca selanjutnya

PROGRAM BERSAMA USAHAWAN SHOPEE

Aktiviti Terkini |3 November 2019

Salah satu usaha Pusat Internet untuk melahirkan lebih ramai usahawan atas talian...baca selanjutnya

KEDAH DIABETES AWARENESS PROGRAM

Aktiviti Terkini |18 Oktober 2019

Bersama menyokong untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai Diabetis. ...baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEMANCING & BEYBLADE SEMPENA HARI MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 14 September 2019

Memberi pendedahan dan menyebarkan maklumat kepada orang ramai mengenai Pusat Internet dan ASO...baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA HARI KEMERDEKAAN

Aktiviti Terkini |29 Ogos 2019

Sempena menyambut Hari Kemerdekaan, PI Kg Sungai Pial telah menganjurkan pertandingan mewarna yang bertempat di Tabika Kemas Kg Sg Pial...baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 12 Julai 2019

Penglibatan : Petugas PI Kg Sungai Pial, Lembah Bujang, Bedong dan pelajar-pelajar sekolah Menegah Pendidikan Khas Petugas PI telah di jemput untuk memberi penerangan tentang Klik Dengan Bijak dan gejala sosial sexting dan pronografi...baca selanjutnya

PROGRAM KEBOLEHPASARAN PEKERJAAN DAN TEMUDUGA TERBUKA

Aktiviti Terkini | 22 - 23 Jun 2019

Aktiviti dimulakan dengan taklimat kepada para peserta oleh wakil dari Jobs Malaysia. Selepas sesi taklimat, peserta didedahkan dengan penulisan resume serta tatacara temuduga. Peserta juga diberikan taklimat mengenai kerjaya. Akhir program, peserta diberikan sijil penyertaan dari Jobs Malaysia....baca selanjutnya

Program Bubur Lambuk

Aktiviti Terkini | 22 Mei 2019

Program ini bertujuan untuk Menjalinkan kerjasama antara ADABI dan penduduk setempat untuk bergotong royong memasak bubur lambuk dan mengagihkan kepada orang ramai... baca selanjutnya

Sukaneka Bersama Tabika Kemas Kg Sg Pial

Aktiviti Terkini | 21 April 2019

Menjadikan murid murid aktif dan mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan murid... baca selanjutnya

Perhimpunan Perpaduan Demi Negara Rukun Tetangga Dan Persatuan Penduduk

Aktiviti Terkini | 30 Mac 2019

SKMM bersama Petugas PI Kluster Sg Petani telah dijemput untuk memberi ceramah untuk program perhimpunan perpaduan demi negara rukun tetangga dan persatuan penduduk (zon utara) yang bertempat di MRSM Merbok... baca selanjutnya

Taklimat Advokasi Klik Dengan Bijak

Aktiviti Terkini | 24 Februari 2019

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai kebaikan dan keburukan internet... baca selanjutnya

Kursus Usahawan(FB Ads & Teknik berniaga di Facebook)

Aktiviti Terkini | 11 Januari 2019

Program ini diadakan untuk memberi pendedahan dan mengajar teknik-teknik Pemasaran kepada masyarakat sekitar... baca selanjutnya