Lawatan Audit Kementerian Penerangan Putrajaya Ke Komuniti 1 Malaysia Kg Sungai Pial

Aktiviti Terkini| 26 April 2016

Tujuan.

1.1 Mengadakan satu mesyuarat koordinasi komuniti 1 Malaysia.
1.2 Mengaudit organisasi dan aktiviti untuk pertandingan antara komuniti peringkat kebangsaan.



Kebaikan:

Memupuk semangat kerjasama antara komuniti dan mengendalikan organisasi supaya lebih mantap dalam memajukan semua sektor yang terdapat di kampung sungai pial


Vip Yang Hadir

• Hj. Idris Hj. Ahmad (Pegawai Penerangan Daerah Kuala Muda)

• Shabri Bin Arshad (Jabatan Penerangan Putrajaya)

• Zamharin Bin Mohamad Zaini (Jabatan Penerangan Putarajaya)

• Thanabalan Subrayam (Jabatan Penerangan Putrajaya)


Aktiviti yang dijalankan.

Timbalan Pengarah Penerangan Negeri Kedah, 4 Orang pegawai dari Jabatan Peneranagan Putrajaya diiringi 6 pegawai jabatan penerangan negeri Kedah dan Kuala Muda hadir untuk taklimat dan audit organisasi dan perlaksanaan aktiviti Komuniti 1Malaysia kampung Sungai Pial. Tujuan utama adalah untuk memilih wakil komuniti untuk pertandingan Komuniti lestari peringkat Kebangsaan.


Aktiviti Sokongan

• Penerangan aktiviti komuniti serta pameran produk-produk IKS yang terdapat di kampung sungai pial.

• Lawatan ke tempat IKS dan melawat prasarana yang terdapat di Kampung Sungai Pial termasuk pusat Internet 1 Malaysia.

• Jamuan serta sesi bergambar.


Keterangan Gambar :

1. Taklimat dari wakil Kementerian Penerangan mengenai Organisasi Komuniti 1 Malaysia.

2. Mesyuarat koordinasi dan hala tuju Komuniti dalam memantapkan lagi organisasi.

3. Pegawai bersama komuniti bergambar stelah selesai mesyuarat.

4. Pegawai dari Putrajaya dibawa melawat ke tapak projek IKS yang terdapat di Kampung Sungai Pial.

5. Pegawai dibawa dan diberi peluang merasai suasana kampung.