Latihan keusahawanan
Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian.
Latar Belakang
Aktiviti Latihan Keusahawanan menyediakan pakej untuk pelatih memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri keusahawanan untuk menjadi usahawan yang berdaya maju dan berdaya saing.
Program-program di bawah latihan keusahawanan meliputi latihan bagi input pendedahan, pengetahuan dan kemahiran di tahap pembudayaan keusahawanan, pewujudan usahawan serta peningkatan dan pengukuhan yang dianjurkan oleh PI1M serta dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan, swasta dan badan-badan bukan kerajaan (NGO).
Objektif:
- Mengenalpasti bakat dan potensi peserta untuk menjadi usahawan berjaya.
- Peserta dapat mengemukakan rancangan tindakan untuk memulakan projek / perniagaan / perusahaan.
- Menerapkan etika perniagaan yang progresif serta sikap positif bagi membolehkan usahawan mengamalkannya dalam menjalankan perusahaan / perniagaan masing – masing.
- Memberikan pengetahuan pengurusan moden supaya para usahawan dapat mengamalkanya dalam menjalankan perusahaan / perniagaan ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020 dan boleh mengikuti perkembangan teknologi moden dan mampu bersaing di pasaran terbuka.
Strategi:
- Mengadakan kursus-kursus pembudayaan keusahawan untuk bakal-bakal usahawan.
- Menganjurkan kursus - kursus pewujudan usahawan bagi membolehkan peserta memulakan perusahaan / perdagangan / perniagaan.
- Menyediakan kursus - kursus peningkatan untuk usahawan sedia ada bagi membolehkan mereka menimba ilmu perniagaan supaya dapat memajukan perusahaan / perdagangan yang dijalankan.
- Meningkatkan kemahiran para usahawan melalui pendedahan kepada perusahaan /perdagangan.
Jadual Latihan:
Penutup
Latihan dan bimbingan yang disediakan bertujuan untuk mewujudkan usahawan baru serta meningkatkan keupayaan usahawan sedia ada selari dengan matlamat wawasan 2020
Menggalak, membimbing, melatih dan membantu peserta menyertai dalam kegiatan perdagangan dan perusahaan ke arah pembentukan masyarakat yang berdaya maju,berdaya saing dan berdaya tahan.