Program Dai’e Digital(Media Sosial)

10 - 11 Februari 2018 | Sabtu - Ahad
9.00 pagi - 5.00 petang | Pusat Internet 1Malaysia Kampung Sungai Pial, Kedah

Tujuan:
Tujuan utama program dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada guru-guru Kafa tentang penggunaan media social dan computer untuk kegunaan pembelajaran di sekolah untuk lebih creative bagi menarik minat pelajar dah menggunakan medium ini untuk menyebarkan ilmu yang berguna kepada umum. Sekaligus membuka minda guru-guru agar tidak ketinggalan dalam ICT.

Kelebihan:
• Memantapkan penggunaan media social kepada guru Kafa.
• Meningkatkan kreativiti para guru.

Penglibatan:
Peserta program.

Perlaksanaan Aktiviti:
Program daie digital (media social) anjuran SKMM dan JAKIM untuk guru-guru KAFA. Program ini dilaksanakan di pusat internet 1Malaysia, melibatkan pi1m dibawah kluster Sungai Petani iaitu Kota Kuala Muda, Gurun, Sungai Pial, Lembah Bujang, Bedong dan Paya Nahu.program berlangsung selama 2 hari untuk setiap PI1M yang melibat 60 guru Kafa di daerah Kuala Muda. Program ini menekankan penggunaan media social dan komputer antaranya membuka akaun untuk gmail, facebook, Instagram, blog dan cara untuk mebuat editing video, editing photo, mp3 cutter dan cara menggunakan youtube.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



Kembali ke halaman utama