Memasak Bubur Asyura
29 September 2018 | Sabtu
9.00 pagi - 12.30 tengahari | Masjid Al - Fatimah, Kampung Sungai Pial, Kedah
Tujuan:
• Menyertai program kemasyarakatan bersama penduduk Kampung Sungai Pial.
• Memupuk perpaduan dan mengeratkan silaturahim diantara penduduk Kampung Sungai Pial.
• Mendekatkan pengurus dan penolong pengurus dengan kaum wanita di Kampung Sungai Pial.
• Secara tidak langsung dapat menghebahkan tentang program yang dijalankan di PI Kampung Sungai Pial.
Kelebihan:
• Salah satu Program kemasyarakatan PI Kampung Sungai Pial bersama penduduk Kg Sg Pial.
• Program seumpama ini dapat menjalinkan hubungan yang baik diantara penduduk Kg Sg Pial dengan Petugas PI Kampung Sungai Pial.
• Secara tidak langsung dapat menghebahkan lagi Aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet Sungai Pial dan menarik minat penduduk untuk menyertai
kelas/aktiviti yang dijalankan.
Penglibatan:
Penduduk setempat.
Perlaksanaan Aktiviti:
Masjid Al- Fatimah bersama Pi Kampung Sg Pial telah menganjurkan program memasak bubur asyura yang bertempat di Masjid Al- Fatimah, Kampung Sungai Pial.
Program ini melibatkan aktiviti gotong royong dari proses menyediakan bahan sehingga memasak bubur asyura dan mengagihkan kepada penduduk Kampung Sungai Pial.
Seawal jam 8.00 pagi, Petugas Pi Sg Pial serta penduduk Kg Sg Pial mula berkumpul di Masjid Al- Fatimah Kg Sg Pial. Program di mulakan dengan ucapan dari
imam masjid Al- Fatimah, seterusnya sarapan pagi.
Program diteruskan dengan gotong royong penyediaan bahan setersunya memasak bubur asyura. Pengurus dan Penolong Pengurus Pi Sg Pial
turut membantu memasak bubur asyura. Program berakhir dengan makan tengah hari dan pengagihan bubur asyura kepada penduduk Kg Sg Pial.
Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan: