Sukaneka Bersama Tabika Kemas Kg Sg Pial

21 April 2019 | Ahad
8.30 pagi - 12.30 tengahari | Pusat Internet Sungai Pial, Kedah

Tujuan:
• Mendekatkan murid-murid Tabika dengan Pusat Internet Kg Sg Pial.
• Menjadikan murid murid aktif dan mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan murid.
• Salah satu program luar Pusat Internet Kg Sg Pial bersama komuniti.

Kelebihan:
• Mendekatkan murid-murid Tabika dengan Pusat Internet Kg Sg Pial.
• Dapat berkongsi tentang fungsi Pusat Internet bersama ibu bapa/ waris murid-murid Tabika.
• Menggalakan ibu bapa/ waris dan murid murid untuk datang ke Pusat Internet Kg Sg Pial.

Penglibatan:
Penduduk setempat.

Perlaksanaan Aktiviti:
Pada jam 8.30 pagi, murid Tabika Kemas Kg Sg Pial mula tiba di Pusat Internet Kg Sg Pial dengan memakai pakaian sukan yang telah diberikan. Sukaneka terbahagi kepada indoor dan ourdoor. Aktiviti indoor bermula pada jam 9.00 pagi, iaitu mewarna online di ikuti dengan Kahoot yang diadakan di dalam bilik Training Pusat Internet, Seterusnya, murid murid bersama penjaga bergerak ke dewan Kg Sg Pial untuk aktiviti luar. Murid murid terlebih dahulu diberikan makan sebelum memulakan aktiviti.

Sukan pertama ialah memanah, dimana peserta diberikan alat memanah dan perlu memanah belon, pemenang dipilih mengikut bilangan belon yang dapat dipanah. Seterusnya aktiviti berkumpulan iaitu ‘passing’ getah menggunakan straw, pemenang dipilih berdasarkan bilangan getah paling banyak yang terkumpul. Aktiviti terakhir murid murid tabika adalah kerusi muzik. Turut juga terlibat waris/ penjaga murid murid Tabika dalam pertandingan makan buah apple dan kerusi muzik dewasa. Program berakhir dengan cabutan bertuah, penyampaian hadiah dan begambar kenang kenangan.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



Kembali ke halaman utama