MEMASAK BUBUR ASYURA
Aktiviti terkini | 17 Ogos 2022Tempat Aktiviti:
Masjid Al-Fatimah, Kg. Sungai Pial
Ringkasan Aktiviti :
Wakil Masjid Al- Fatimah, telah menjemput petugas PEDi Kg Sungai Pial untuk bersama sama memasak bubur asyura yang bertempat di Masjid Al- Fatimah, Kg Sungai Pial yang juga disertai oleh penduduk setempat.
Tujuan :
• Menyertai program kemasyarakatan bersama penduduk Kg Sungai Pial.
• Memupuk perpaduan dan mengeratkan silaturahim diantara penduduk Kg Sg Pial.
• Mendekatkan petugas PEDi dengan penduduk setempat.
• Secara tidak langsung dapat menghebahkan tentang perkhidmatan dan aktiviti yang dijalankan di PEDi.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program ini melibatkan aktiviti gotong royong dari proses penyediaann bahan- bahan sehingga memasak bubur asyura, seterusnya mengagihkan kepada penduduk Kg Sungai Pial.
Kelebihan Aktiviti :
• Salah satu Program kemasyarakatan PEDi Kg. Sungai Pial bersama penduduk.
• Program seumpama ini dapat menjalinkan hubungan yang baik diantara penduduk dengan Petugas PEDi Kg Sungai Pial.
• Secara tidak langsung dapat menghebahkan lagi aktiviti yang dijalankan di PEDi dan menarik minat penduduk untuk menyertai kelas/ aktiviti yang dijalankan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :