KELAS USAHAWAN: BASIC SELLER SHOPEE
Aktiviti terkini | 21 Oktober 2022Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Padang Serai
Ringkasan Aktiviti :
Kelas usahawan Shopee ini dijalankan dengan kerjasama
PEDi Padang Serai, bertujuan memberi penerangan dan bimbingan kepada usahawan yang ingin memulakan jualan E-dagang di platform Shopee.
Tujuan :
• Menyediakan latihan iaitu kelas keusahawanan kepada usahawan yang ingin belajar ilmu keusahawanan.
• Memperkenalkan E-dagang kepada usahawan untuk memasarkan produk mereka secara meluas
• Membimbing usahawan cara untuk memuat naik produk dan memberi pendedahan tentang cas yang dikenakan oleh
Shopee kepada peniaga di platform Shopee supaya mereka dapat mengira keuntungan sebelum meletakan harga jualan.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Berkongsi pengetahuan dan memberi bimbingan mengenai asas untuk menguruskan jualan di platform Shopee.
Kelebihan Aktiviti :
• Secara tidak langsung dapat memperkenalkan PEDi kepada usahawan, yang berfungsi untuk menyediakan kelas keusahawanan.
• Usahawan dapat belajar dan menguruskan jualan di Shopee dengan sistematik
• Usahawan dapat meningkatkan pendapatan mereka melalui hasil jualan produk di Shopee.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :