“KIDS JIGSAW PUZZLE”
Aktiviti terkini | 25 Januari 2023Tempat Aktiviti:
Tabika Kemas Kg. Huma
Ringkasan Aktiviti :
Telah berlangsung aktiviti “Kids Jigsaw Puzzle” bersama kanak-kanak Tabika yang diadakan di Tabika Kemas Kg. Huma.
Tujuan :
• Salah satu platform menjalinkan program dan aktiviti bersama Tabika Kemas.
• Memperkenalkan PEDi Kg Sungai Pial kepada kanak – kanak Tabika, guru dan pembantu Tabika.
• Menjalankan aktiviti yang menyeronokan dan bermanfaat bersama Tabika Kemas Kg. Huma.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Petugas PEDi bersama Rakan Digital PEDi Kg Sungai Pial telah ke Tabika Kemas Kg. Huma untuk menjalankan aktiviti “Kids Jigsaw Puzzle” bersama kanak kanak Tabika di sana.
Aktiviti dimulakan dengan sesi suai kenal kemudiannya kanak – kanak Tabika mengambil tempat masing masing untuk memulakan aktiviti.
Setiap orang telah diberikan satu set jigsaw puzzle untuk diselesaikan. Tiga orang kanak – kanak Tabika dipilih untuk diberikan hadiah kerana dapat menyelesaikan sendiri dan terpantas.
Aktiviti di akhiri dengan pemberian saguhati, hadiah kepada semua kanak -kanak Tabika dan sesi begambar.
Kelebihan Aktiviti :
• PEDi dapat menjalinkan kerjasama bersama pelbagai pihak khususnya Tabika Kemas Kg. Huma.
• Secara tidak langsung dapat memperkenalkan PEDi serta menarik minat kanak kanak untuk datang ke PEDi bersama penjaga.
• Dapat mencungkil kemahiran berfikir dan kepantasan kanak – kanak Tabika untuk menyelesaikan sesuatu.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :