Mengenai PEDi
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PIK yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PEDi menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PEDi
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Mengikut sejarah nama kampung ini diambil bersempena sejenis tumbuhan spesis pakis. Tumbuhan ini banyak terdapat di sepanjang sungai dan pantai paya bakau. Tumbuhan tersebut juga dikenali dengan nama Pial atau Piai bagi penduduk kawasan Selatan Malaysia.
Keunikan pokok Pial ini adalah mampu hidup samada di tanah berair masin / payau atau di daratan. Sesetengah penduduk menjadikan pokok ini sebagai bahan perubatan tradisional dan ulam-ulaman.
Oleh kerana terdapat banyak tumbuhan tersebut di sepanjang sungai, maka penduduk menamakan kampung ini sebagai Kampung Sungai Pial bersemperna dengan nama tumbuhan tersebut.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021LIVE FB : PERKONGSIAN KLIK DENGAN BIJAK MENGENAI BERITA PALSU
Aktiviti Terkini |23 Disember 2021Memberi pendedahan mengenai jenis jenis maklumat palsu ......baca selanjutnya
LIVE FB : PERKONGSIAN MENGENAI PEDi & PAKEJ PERANTI KELUARGA MALAYSIA
Aktiviti Terkini | 27 November 2021Menguar-uarkan mengenai transformasi Pusat Internet Komuniti kepada Pusat Ekonomi Digital (PEDi) ......baca selanjutnya
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUL RASUL
Aktiviti Terkini | 28 Oktober 2021Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan silatulrahim serta mengimarahkan masjid dengan majlis keagamaan seumpama ini. ......baca selanjutnya
VIDEO ICT: TUTORIAL MENUKAR GOOGLE FORM KEPADA CHAT FORM
Aktiviti Terkini | 27 September 2021Tujuan perkongsian “ICT Training” ini supaya warga pendidik dan juga pelajar – pelajar dapat mengetahui cara yang lain untuk menghasilkan soalan soalan yang lebih menarik minat responden untuk menjawab. .......baca selanjutnya
SIARAN LANGSUNG: KLIK DENGAN BIJAK (KDB)
Aktiviti Terkini | 25 September 2021Tujuan perkongsian advokasi Klik Dengan Bijak ini supaya orang ramai lebih peka semasa melayari internet dan tidak mendedahkan maklumat peribadi sewenang wenangnya. ......baca selanjutnya
VIDEO ICT: SLOT USAHAWAN TUTORIAL MEMBUAT INVOICE
Aktiviti Terkini | 28 Ogos 2021Tujuan perkongsian “ICT Training” ini supaya orang ramai tidak kira individu, suri rumah, pelajar atau usahawan dapat mempelajari dan tahu mengenai penggunaan “Blog” ......baca selanjutnya
SIARAN LANGSUNG: PENGENALAN BLOG
Aktiviti Terkini | 25 Ogos 2021Perkongsian ini disiarkan secara langsung melalui “Facebook Page” PIK Kg Sungai Pial di mana pihak PIK berkongsi berkenaan pengenalan kepada Blog yang boleh dipelajari dan digunakan oleh semua. .....baca selanjutnya
LIVE TALK ADVOKASI : E-WASTE DAN CHECK YOUR LABEL
Aktiviti Terkini | 28 & 29 Julai 2021Mengambil saranan pihak HQ untuk membuat Live atau aktiviti secara dalam talian...baca selanjutnya
LIVE TALK MENGENAI VAKSINASI DAN KLIK DENGAN BIJAK
Aktiviti Terkini | 24 & 27 Jun 2021Mengambil saranan pihak HQ untuk membuat Live atau aktiviti secara dalam talian...baca selanjutnya
LIVE TALK MENGENAI PERKEMBANGAN SEMASA COVID-19 DAN JARINGAN PERIHATIN DIGI
Aktiviti Terkini | 11 Mei 2021Untuk memberikan situasi semasa Covid 19 yang berlaku di Malaysia ...baca selanjutnya
PROGRAM GOTONG ROYONG BERSAMA KOMUNITI
Aktiviti Terkini | 9 April 2021Mengumpulkan penduduk Kampung Sungai Pial untuk sama sama bekerjasama ...baca selanjutnya
PROGRAM CYBERNATE SLATE SECARA LANGSUNG (DALAM TALIAN)
Aktiviti Terkini | 19 Mac 2021Mengetengahkan aplikasi tiktok sebagai salah satu platform untuk pemasaran produk yang berkesan...baca selanjutnya
PROGRAM TONTONAN SECARA LANGSUNG (ATAS TALIAN) MAJLIS PELANCARAN PELAN PEMERKASAAN KEPIMPINAN KOMUNITI RUKUN TETANGGA 2021 – 2030
Aktiviti Terkini | 28 Februari 2021Menjalinkan kerjasama dengan pihak KRT dengan menjalankan program bersama komuniti...baca selanjutnya
LIVE TALK MENGENAI “KETAGIHAN INTERNET”
Aktiviti Terkini | 20 JANUARI 2021Mengambil saranan pihak HQ untuk membuat Live atau aktiviti secara dalam talian...baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya