Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah


Mengikut sejarah nama kampung ini diambil bersempena sejenis tumbuhan spesis pakis. Tumbuhan ini banyak terdapat di sepanjang sungai dan pantai paya bakau. Tumbuhan tersebut juga dikenali dengan nama Pial atau Piai bagi penduduk kawasan Selatan Malaysia.

Keunikan pokok Pial ini adalah mampu hidup samada di tanah berair masin / payau atau di daratan. Sesetengah penduduk menjadikan pokok ini sebagai bahan perubatan tradisional dan ulam-ulaman.

Oleh kerana terdapat banyak tumbuhan tersebut di sepanjang sungai, maka penduduk menamakan kampung ini sebagai Kampung Sungai Pial bersemperna dengan nama tumbuhan tersebut.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


Latihan Usahawan PERCUMA

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang ramai boleh menghubungi PI1M berdekatan bagi mendapatkan maklumat lanjut dan urusan pendaftaran latihan.

PROGRAM GOTONG ROYONG BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 03 Disember 2015

Program gotong-royong ini dapat memberikan... baca selanjutnya