Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah


Mengikut sejarah nama kampung ini diambil bersempena sejenis tumbuhan spesis pakis. Tumbuhan ini banyak terdapat di sepanjang sungai dan pantai paya bakau. Tumbuhan tersebut juga dikenali dengan nama Pial atau Piai bagi penduduk kawasan Selatan Malaysia.

Keunikan pokok Pial ini adalah mampu hidup samada di tanah berair masin / payau atau di daratan. Sesetengah penduduk menjadikan pokok ini sebagai bahan perubatan tradisional dan ulam-ulaman.

Oleh kerana terdapat banyak tumbuhan tersebut di sepanjang sungai, maka penduduk menamakan kampung ini sebagai Kampung Sungai Pial bersemperna dengan nama tumbuhan tersebut.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


Program Bersama Komuniti Jom Sihat

Aktiviti Terkini | 23 Disember 2018

Program TTT kerjasama antara PI Kluster Sik dan agensi-agensi Kesihatan untuk memberi pendedahan kepada komuniti mengenai cara pemakanan sihat, penyakit berjangkit dan cara menggosok gigi yang betul... baca selanjutnya

Hari Terbuka Pusat Internet 2018

Aktiviti Terkini | 10 November 2018

Bertujuan untuk meraikan penduduk setempat & mengeratkan hubungan... baca selanjutnya

Kelas Ict Bersama Pelajar Pt3 Smk Kampong Selamat

Aktiviti Terkini | 15 - 16 Oktober 2018

Bertujuan dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan tentang ICT dan kemahiran pengunan ICT... baca selanjutnya

Memasak Bubur Asyura

Aktiviti Terkini | 29 September 2018

Program ini melibatkan aktiviti gotong royong dari proses menyediakan bahan sehingga memasak bubur asyura dan mengagihkan kepada penduduk Kg Sungai Pial... baca selanjutnya

Pertandingan Bola Sepak dan Futsal

Aktiviti Terkini | 4 Ogos 2018

PEMUDA Kampung Sungai Pial bersama Pusat Internet Kampung Sungai Pial telah menganjurkan Pertandingan bola sepak dan futsal yang bertempat di Kg Sungai Pial... baca selanjutnya

KDB di Program Gerak Kerja Rakan Taman

Aktiviti Terkini | 26 Julai 2018

Program advokasi ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada komuniti sekitar tentang kempen klik dengan bijak dan kempen e-waste... baca selanjutnya

Bakti Masyarakat(Bantuan Mangsa Banjir)

Aktiviti Terkini | 3 Jun 2018

Dapat menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir berbentuk pakaian, makanan dan wang tunai dan membantu membersihkan rumah mangsa banjir dan kawasan sekitar... baca selanjutnya

Kahoot Ramadhan

Aktiviti Terkini | 26 Mei 2018

Semperna menyambut bulan Ramadhan, PI1M Kampung Sungai Pial telah menganjurkan pertandingan Kahoot Ramadhan. Pertandingan ini di anjurkan sebagai salah satu aktiviti untuk ahli – ahli PI1M Kampung Sungai Pial mengetahui dan mempelajari erti sebenar puasa... baca selanjutnya

Explore Race Klik Dengan Bijak

Aktiviti Terkini | 20 April 2018

Untuk berkongsi maklumat dan memberi pendedahan kepada para peserta mengenai program Klik Dengan Bijak... baca selanjutnya

Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia Sungai Pial

Aktiviti Terkini | 24 Mac 2018

Mendekatkan pengurus dan penolong pengurus dengan pengunjung bukan ahli untuk menarik lebih ramai orang untuk ke PI1M Kampung Sungai Pial dan menjadi ahli... baca selanjutnya

Program Dai’e Digital(Media Sosial)

Aktiviti Terkini | 10 - 11 Februari 2018

Program daie digital (media social) anjuran SKMM dan JAKIM untuk guru-guru KAFA. Program ini dilaksanakan di pusat internet 1Malaysia, melibatkan pi1m dibawah kluster Sungai Petani iaitu Kota Kuala Muda, Gurun, Sungai Pial, Lembah Bujang, Bedong dan Paya Nahu. Program berlangsung selama 2 hari... baca selanjutnya

Gotong – Royong

Aktiviti Terkini | 13 Januari 2018

Semperna Tahun Baru 2018, PI1M Sungai Pial ingin memulakan Tahun Baru dengan salah satu aktiviti yang berfaedah iaitu gotong royong dalam dan sekitar luar PI1M Sungai Pial... baca selanjutnya