Mengenai PEDi
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PIK yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PEDi menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PEDi
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Mengikut sejarah nama kampung ini diambil bersempena sejenis tumbuhan spesis pakis. Tumbuhan ini banyak terdapat di sepanjang sungai dan pantai paya bakau. Tumbuhan tersebut juga dikenali dengan nama Pial atau Piai bagi penduduk kawasan Selatan Malaysia.
Keunikan pokok Pial ini adalah mampu hidup samada di tanah berair masin / payau atau di daratan. Sesetengah penduduk menjadikan pokok ini sebagai bahan perubatan tradisional dan ulam-ulaman.
Oleh kerana terdapat banyak tumbuhan tersebut di sepanjang sungai, maka penduduk menamakan kampung ini sebagai Kampung Sungai Pial bersemperna dengan nama tumbuhan tersebut.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 TAHUN 2023BENGKEL KECANTIKAN DAN SOLEKAN
Aktiviti Terkini | 18 Disember 2022Salah satu platform menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak, salah satunya Mierza beauty and image.......baca selanjutnya
WEBINAR DROP POINT NINJA VAN BERSAMA PEDIi UTARA
Aktiviti Terkini | 2 November 2022Kerjasama CCMSB dan Ninjavan untuk menyediakan khidmat Pick-up & Drop-off (PUDO) Service @PEDi......baca selanjutnya
KELAS USAHAWAN: BASIC SELLER SHOPEE
Aktiviti Terkini | 21 Oktober 2022Menyediakan latihan iaitu kelas keusahawanan kepada usahawan yang ingin belajar ilmu keusahawanan.....baca selanjutnya
MYRESKLILL IOT TRANING
Aktiviti Terkini | 17 September 2022Memperkenalkan dan membantu usahawan kecil sederhana mengenai adaptasi ke Industri 4.0....baca selanjutnya
MEMASAK BUBUR ASYURA
Aktiviti Terkini | 17 Ogos 2022Menyertai program kemasyarakatan bersama penduduk Kg Sungai Pial ....baca selanjutnya
PERTANDINGAN MEMBUAT TOPI BERTEMAKAN KEMERDEKAAN
Aktiviti Terkini | 14 Ogos 2022Meraikan sambutan Hari Kemerdekaan 2022 bersama Tabika Kemas ....baca selanjutnya
LIVE FB: RAKAN DIGITAL & KDB “GROOMING”
Aktiviti Terkini | 28 Julai 2022Menghebahkan kepada penduduk sekitar mengenai pencarian Rakan Digital untuk ditempatkan di PEDi Kg Sungai Pial....baca selanjutnya
LIVE FB: KEUSAHAWANAN (PENGAJARAN MEMBUAT KAD PERNIAGAAN)
Aktiviti Terkini | 27 Jun 2022Berkongsi pengetahuan perisian “Photoshop” untuk menyunting gambar dan menghasilkan grafik.....baca selanjutnya
LIVE FB: BSN MICRO/I SEMARAK PEDI (PUSAT EKONOMI DIGITAL)
Aktiviti Terkini | 29 Mei 2022Memperkenalkan produk terbaru dari BSN iaitu BSN Micro/I Semarak Pedi (Pusat Ekonomi Digital).....baca selanjutnya
MAJLIS IFTAR BERSAMA MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA
Aktiviti Terkini | 22 April 2022Penyertaan PEDi Kg Sungai Pial sebagai tanda sokongan dan berbesar hati menerima kunjungan YB Men-Komm ke Kedah.....baca selanjutnya
LIVE FB: PERKONGSIAN KLIK DENGAN BIJAK MENGENAI “CHECK YOUR LABEL”
Aktiviti Terkini | 27 Mac 2022Memberi kesedaran pentingnya membeli peralatan komunikasi yang mempunya label MCMC yang sah.....baca selanjutnya
KELAS USAHAWAN: BASIC SELLER SHOPEE
Aktiviti Terkini | 20 Februari 2022Menyediakan latihan iaitu kelas keusahawanan kepada usahawan yang ingin belajar ilmu keusahawanan......baca selanjutnya
LIVE FB: ASAS PENGATURCARAAN PHYTON
Aktiviti Terkini |24 Januari 2022Berkongsi pengetahuan mengenai Asas Pengaturcaraan Phyton......baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya